Aidil sudah berjumpa dengan keluarga Fasha Sandha – Channel W

Aidil sudah berjumpa dengan keluarga Fasha Sandha

Tiada perbincangan serius kearah perkahwinan meskipun pelakon Aidil Aziz telah bertemu dengan keluarga pelakon popular, Fasha Sandha.

Menurut Fasha mereka masih di tahap kawan rapat dan tiada perkembangan terbaharu mengenai hubungannya dengan pelakon yang popular menerusi drama, Saiful Nita itu untuk dikongsi kepada umum.

“Memang Aidil sudah berjumpa keluarga saya, begitu juga sebaliknya. Kiranya, kami sudah saling mengenali keluarga satu sama lain. Tetapi ia sekadar pertemuan biasa, tiada perbincangan mengenai perancangan perkahwinan dan sebagainya.

“Mengenai hubungan dengan Aidil, kami masih kekal sebagai kawan. Anak saya juga rapat dengannya, terutama yang bongsu, Putri Raysha Jemyma.

“Dia susah rapat dengan orang luar, tetapi dengan Aidil, dia cepat serasi,” kata Fasha ketika ditemui pada majlis pelancaran ubat gigi, Aurawhite dan pengumumannya sebagai ikon produk itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Fasha turut memberitahu, kehadiran Aidil turut memberi lebih makna dalam hidupnya.

“Selama ini, saya memang bahagia, tetapi kehadiran Aidil membuatkan hidup saya lebih gembira,” katanya lagi.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans