Air percuma di Selangor mungkin ditamatkan – Channel W

Air percuma di Selangor mungkin ditamatkan

Program air percuma buat penduduk negeri Selangor munhkin tamat susulan persetujuan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjangkakan perkara itu susulan persetujuan SPLASH secara prinsipal untuk diambil alih oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dengan nilai RM2.55 bilion.

Khalid mendakwa pembelian SPLASH dengan nilai itu menyebabkan penduduk negeri itu membayar lebih sepuluh kali gandar berbanding apa yang ditawarkan pentadbirannya pada 2013.

“Strategi kerajaan negeri hari ini telah memberi peluang kepada pemilik saham SPLASH mendapat keuntungan dan pampasan yang berlebihan. Pada masa sama ia telah meletakkan beban serta tanggungjawab untuk pembayaran tersebut ke atas rakyat dengan mengenakan tarif yang tinggi.

“Saya percaya kerajaan hari ini (akan) mengkaji semula atau mungkin menghentikan program pemberian air percuma kepada semua isi rumah di seluruh Selangor,” dakwanya di Facebook semalam.

Ia bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Amiruddin Shari bahawa transaksi itu tidak membabitkan sebarang dana daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata Air Selangor membuat bayaran awal sebanyak RM1.9 bilion dan bakinya secara ansuran selama sembilan tahun.

“Ini membolehkan Air Selangor beroperasi dengan tahap perbelanjaan kos operasi yang munasabah, sekali gus memastikan kadar tarif air yang tidak membebankan rakyat,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans