Ajak Shiro Masuk Hospital – Channel W

Ajak Shiro Masuk Hospital

KUALA LUMPUR – Akibat terlalu penat bekerja, pelawak Ajak Shiro dikejarkan ke hospital semalam.

Menurut Utusan Online, menerusi kenyataan pihak pengurusannya memberitahu, keadaan pengacara Melodi itu kini stabil dan masih mendapat rawatan lanjut.

“Ajak mengadu sakit perut ketika sesi rakaman Bintang Bersama Bintang edisi Hari Raya. Bila keadaan teruk sangat kami kejarkan dia ke hospital.

“Ketika ini dia masih berada di hospital dan doktor memberitahu antara sebab mungkin kerana terlalu penat bekerja. Memang diakui jadual Ajak agak padat.”

Sementara itu single pertama Ajak berjudul Ging Gang Guli juga akan menemui peminat pada 16 Mac ini. Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Ajak ini merupakan sebuah lagu komedi yang berkisar mengenai hidup berumah tangga.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans