Ajis cipta sejarah Orang Asli pertama sebagai KP JAKOA – Channel W

Ajis cipta sejarah Orang Asli pertama sebagai KP JAKOA

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi masyarakat Orang Asli di seluruh negara apabila Dato’ Sri Ismail Sabri  Yaakob mengumumkan Ajis  Sitin sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Pengumuman ini merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Orang Asli kerana ini merupakan kali pertama dalam sejarah Orang Asli dilantik memegang jawatan yang tertinggi dalam JAKOA.

 

Ajis bin Sitin merupakan Orang Asli daripada suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang. Sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKOA, beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah JAKOA yang juga dilantik oleh Dato’ Sri Ismail Sabri  Yaakob.

Sudah rasmi Ajis dilantik KP JAKOA

 

Sebelum bertugas di JAKOA, Ajis  Sitin merupakan seorang Jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Kejuruteraan Hutan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

 

Menurut Dato’ Sri Ismail Sabri  Yaakob, pelantikan ini membuktikan bahawa janji beliau terhadap masyarakat Orang Asli untuk memastikan JAKOA diterajui oleh masyarakat Orang Asli telah ditunaikan. Harapan beliau juga, agar JAKOA akan menjadi satu jabatan yang lebih efektif dalam menjaga kebajikan, memelihara warisan dan membangunkan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.

 

Pihak JAKOA mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Dato’ Sri Ismail Sabri  Yaakob kerana telah melaksanakan janji beliau dengan melantik Ketua Pengarah JAKOA dari kalangan masyarakat Orang Asli. Ucapan tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada Ajis  Sitin atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JAKOA yang pertama daripada masyarakat Orang Asli.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans