Akhirnya Kylie Jenner Umum Kelahiran Anak Perempuan – Channel W

Akhirnya Kylie Jenner Umum Kelahiran Anak Perempuan

LOS ANGELES: Bintang realiti TV Amerika Syarikat, Kylie Jenner dan pasangannya rapper Travis Scott semalam mengumumkan kelahiran anak mereka selepas pelbagai khabar angin tersebar mengenai kehamilannya.

Jenner, 20 berkata di Twitter, bayi perempuannya yang cantik dan sihat itu dilahirkan pada 1 Februari dan meminta maaf kepada peminat kerana merahsiakan kehamilannya.

“Saya mohon maaf kerana membuat anda semua tertanya-tanya. Saya faham anda sudah terbiasa mengikuti segala aktiviti saya sebelum ini. Tetapi saya memilih untuk tidak berkongsi pengalaman kehamilan ini bersama dunia,” tulis Jenner di akaun twitternya.

Kakak tiri Jenner, Kim Kardashian, 37, dan suaminya rapper Kanye West mengumumkan kelahiran anak ketiga mereka menerusia ibu tumpang pada 16 Januari lalu.

Disember lalu seorang lagi kakak tirinya, Khloe Kardashian, 33, dan teman lelakinya, pemain bola keranjang, Tristan Thomas mengumumkan Khloe hamil enam bulan.

Kelahiran bayi Jenner dengan pantas menjadi topik utama Twitter di Amerika Syarikat, menewaskan perlawanan besar #SuperBowlSunday yang bermula hanya dalam masa beberapa jam saja. – Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans