Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan Akan Disemak Semula – Zahid – Channel W

Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan Akan Disemak Semula – Zahid

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menyemak semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 agar ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Berucap pada Majlis Makan Tengah Hari bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu perlu dilakukan memandangkan media hari ini hampir dikuasai media alternatif.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedaya upaya mahu beri kebebasan semua penulisan, penerbitan dan penyiaran yang tidak terlalu terkongkong dengan garis panduan.”

“Ia mungkin sesuai pada masa dulu tapi hari ini ianya perlu dimodifikasikan tanpa mengkompromikan etika kewartawanan,” katanya.

Kali terakhir Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda adalah pada 2012.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN telah mengeluarkan satu surat amaran tegas, dua surat amaran, 14 surat teguran, 44 surat nasihat dan empat surat tunjuk sebab kepada media dan pencetak pada tahun lepas.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans