Katanya, kereta itu dipandu oleh rakannya untuk bersiar-siar sebelum tiba-tiba meletup di bahagian enjin dan terbakar seratus-peratus. Tambahnya kereta itu bernilai RM1.8 juta.

Ekoran kejadian kereta Ferrari sering terbakar,  Aliff meminta pihak pengeluar kereta Ferrari bertanggungjawab ke atas kejadian itu.

Netizen di media sosial turut berkongsi rasa sedih atas kejadian yang menimpa usahawan jutawan kosmetik terkenal itu.