Aliff Syukri – Petua penjagaan dalaman – Channel W

Aliff Syukri – Petua penjagaan dalaman

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Aliff Syukri Terlajak laris, beliau dan isterinya sudah menjadi ikon dunia usahawan produk kecantikan di dalam negara ini dan produknya sudah diterima di beberapa negara luar.

Tidak lokek dengan ilmu, kali ini Aliff Syukri berkongsi cara-cara untuk penjagaan dalaman, katanya.

Bahan-bahannya pula mudah didapati dan selalu digunakan di dapur kita.

 

Bahan-bahan:

5cm kunyit hidup

2cm halia

3 biji manjakini

5 helai daun sirih

2 batang serai

gula batu atau madu ( ikut kegemaran )

3 cawan air

 

Cara membuatnya:

Basuh semua bahan.

Potong nipis-nipis kunyit dan halia

Ketuk serai

Masukkan semua bahan kedalam periuk dan 3 cawan air kecuali gula atau madu anda.

Rebus hingga mendidih dan sukatan air tingga satu cawan setengah dan tutup api anda.

Masukkan gula batu atau madu semasa rebusan sedang panas.

Minum selepas anda datang bulan atau haid dan ibu-ibu yang baru bersalin juga sangat baik untuk mengamalkannya.

Anda boleh menyimpan air rebusan itu didalam peti sejuk dan minum segelas setiap pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidur.

 

Air rebusan ini mempunyai manfaat untuk :-

Mengatasi keputihan

Melancarkan haid

Menguatkan otot-otot faraj

Merawat rahim

Menghilangkan bau badan dan mulut.

 

Selamat mencuba.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans