Amal Demokrasi Secara Matang – Sultan Nazrin – Channel W

Amal Demokrasi Secara Matang – Sultan Nazrin

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, rakyat perlu kebijaksanaan berpolitik dalam mengamalkan budaya demokrasi secara matang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam titah baginda di Istiadat Menzahirkan Pengumuman Pembubaran DUN Perak ke-13 di Istana Iskandariah, pagi tadi, parti-parti politik terutama pemimpinnya hendaklah mencerminkan sifat penuh bertanggungjawab dengan setiap masa mengutamakan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan perpaduan warga.

Titah baginda lagi, dalam hasrat dan usaha mahu mendapatkan sokongan pengundi, isu-isu sensitif menyentuh agama, kaum, budaya dan bahasa yang boleh menjejaskan hubungan harmoni dan perpaduan, hendaklah tidak disensasikan hingga mampu mencetuskan sentimen permusuhan dan rasa kebencian di antara rakyat negara ini.

“Keselamatan negara dan ketenteraman awam terlalu berharga untuk dikorbankan disebabkan matlamat politik jangka pendek,” titah baginda.

Baginda bertitah, pilihan raya adalah satu proses yang memberi hak dan peluang kepada rakyat  untuk memilih kerajaan yang wajib dihormati, dihargai dan tidak dinafikan.

“Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) juga hendaklah melaksanakan tugas secara profesional, telus lagi berintegriti,” titah baginda lagi.

Tambah titah baginda, semua pihak wajib memberikan kerjasama kepada SPR kelak agar proses pilihan raya dapat berjalan dengan lancar.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans