AMANAT TERAKHIR KEPADA PENGUNDI PORT DICKSON-Saiful Bukhari – Channel W

AMANAT TERAKHIR KEPADA PENGUNDI PORT DICKSON-Saiful Bukhari

Assalamualaikum WBT

Warga Port Dickson yang saya hormati dan kasihi, alhamdulillah kempen saya bagi PRK Port Dickson sudah sampai ke penghujungnya. Kini kuasa di tangan andalah yang akan menentukan kedudukan saya di Port Dickson ini.

Seperti yang saya maklumkan di awal penyertaan saya pada PRK Port Dickson ini, saya menyertai pilihan raya ini untuk berkhidmat kepada anda. Saya menyertai pilihan raya ini untuk membawa suara rakyat Port Dickson dengan lebih berkesan dalam memperjuangkan hak mereka.

Saya tidak membawa manifesto yang menawarkan bulan dan bintang buat anda, namun saya menawarkan khidmat untuk bekerja kepada anda. Saya ingin menjadi hamba Allah yang berkesan kepada rakyat untuk membawa perubahan lebih baik kepada Port Dickson.

Warga Port Dickson yang saya kasihi, Port Dickson mempunyai potensi yang besar, buminya cukup kaya untuk diterokai dan seterusnya dimanfaatkan oleh masyarakatnya. Namun, agak malang apabila wakil rakyat yang diberi mandat untuk bekerja pada PRU14 lalu lebih banyak bermain politik daripada bekerja untuk rakyat.

Mandat yang rakyat berikan pada PRU14 lalu telah diperlekehkan oleh wakil rakyat yang sepatutnya bekerja untuk kesejahteraan rakyat.

Seperti mana saya umumkan sebelum ini, dua inisiatif telah saya ambil untuk merancakkan ekonomi Port Dickson. Usaha untuk memperindahkan pesisir pantai dan melabuhkan tukun tiruan bagi meningkatkan hasil tangkapan nelayan adalah agenda yang akan saya perjuangkan jika diberi mandat selaku Ahli Parlimen Port Dickson.

Malah, langkah pertama saya untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Port Dickson juga telah saya laksanakan melalui pelancaran laman web ExplorePD.com bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat tempat menarik termasuk lokasi makanan, pengangkutan dan sebagainya di Bandar Tentera Darat ini.

Juga, khidmat kecil dapat saya sumbangkan ketika kempen PRK ini dengan membantu memudahcara urusan enam sekeluarga yang tinggal di dalam khemah di pantai Port Dickson. Alhamdulillah dengan berkat sokongan orang ramai, mereka sekeluarga dapat di tempatkan di kediaman yang selesa serta proses bantuan kebajikan dan gerai bagi menjalankan perniagaan kecilan juga berjaya diselesaikan.

Warga Port Dickson yang saya kasihi, anda dekat dihati saya, sekarang bukan masa untuk kita berpolitik, sekarang adalah masa untuk bekerja dan berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak mempunyai sebarang agenda politik ataupun matlamat peribadi melalui PRK ini melainkan untuk bekerja kepada anda.

Oleh itu saya Saiful Bukhari Azlan dengan penuh rendah diri, merayu kepada anda semua berilah saya peluang untuk berkhidmat kepada anda demi membawa Port Dickson kearah yang lebih baik dan sejahtera.

Akhir kata sekali lagi saya memohon dan merayu undilah saya untuk kestabilan Port Dickson.

Ikhlas,
SAIFUL BUKHARI AZLAN
CALON AHLI PARLIMEN PORT DICKSON

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans