Amelina tertekan kisah silam diungkit kembali – Channel W

Amelina tertekan kisah silam diungkit kembali

Penyanyi terkenal dengan irama dangdut, Amelina mengakui tertekan apabila melihat kisah lamanya lebih banyak melatari carian di Internet.

Menurut Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, kebanyakkan cerita yang ada menjurus kepada kisah silamnya termasuk episod dia hilang dari radar industri seni suatu ketika dulu.

“Kalau Google nama Kak Long (Amelina), yang keluar pada carian itu semuanya kisah #throwback dan cerita silam Kak Long ‘hilang’ meninggalkan dunia seni.

“Selebihnya banyak mengenai cinta dengan seorang lagi ‘Raja Dangdut’ (penyanyi Iwan) ketika itu.

“Kadang-kadang tertekan pula bila Google nama sendiri.

“Tak pun kalau anak-anak sibuk Google dan lepas itu tertanya kat Kak Long. Lebih parah kalau kawan sekolah mereka yang Google dan kemudian ‘membawang’ pasal Kak Long.

“Aduhhh stress!” tulis Amelina menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, wanita berusia 44 tahun ini berasa bertuah kerana mempunyai anak-anak yang memahami dan sentiasa bijak  berfikir secara logik.

Penyanyi lagu Asyik ini turut bertanya kepada pengikut di laman sosial adakah mereka juga berhadapan dengan tekanan selepas membuat carian nama sendiri di Internet.

“Jadi, kak long tak ada la pening sangat nak melayan sebarang soalan.

“Korang ada ke google nama sendiri dan tertekan selepas itu?” katanya.

Tambah anak kelahiran Negeri Sembilan ini, bohong sekiranya dia tidak pernah berasa putus harapan dengan situasi dan masalah yang datang menimpa.

“Kita manusia biasa, ada hati dan perasaan. Tapi yang penting kuatkan hati dan pandang ke depan.

“Petua terbaik adalah jangan pedulikan pandangan negatif orang lain. Just be yourself and believe in it!

“Something new for me; Keep your circle small. Then you will see the real quality. Always trust your instinct…”  tulisnya dalam beberapa entri berbeza.

Menerusi laporan beberapa media Isnin lalu, Amelina mengakui dia berhadapan dengan tekanan ketika konsert ketiga Gegar Vaganza musim kelima baru-baru ini disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans