Hasil pemantauan Channel W Online di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati kebanyakan warga kota yang menuju ke arah pantai timur memilih untuk menaiki bas seawal pukul 8.00 pagi.

Ia bagi memastikan mereka dapat sampai ke destinasi lebih awal.  Bagaimanapun melihat keadaan trafik di utara agak lembap menjelang tengahari tadi berikutan berlaku kemalangan di kawasan Bukit Merah.

Di lebuh raya Kesas kenderaan sudah mula bergerak perlahan menjelang petang dan ke Seremban juga sama.

Keadaan trafik sebegini dijangkakan akan sama hingga esok.

PLUS menjangkakan lebih 2 juta kenderaan akan berada di lebuh raya itu menjelang cuti sambutan Aidil Fitri.