Andiik tidak sabar beraksi lagi – Channel W

Andiik tidak sabar beraksi lagi

 

Pemain sayap lincah Kedah, Andik Vermasyah mengakui teruja untuk kembali beraksi dalam saingan penuh berprestij, Piala Malaysia yang akan bermula ahad ini.

Pemain import dari Indonesia itu mengalami kecederaan otot kaki sebelum direhatkan selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 13 Julai lalu, dan kini dia beransur pulih bahkan, bersedia untuk ‘turun padang’.

“Apabila saya mengalami kecederaan otot kanan ketika menentang JDT, saya cukup kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan sehingga ke penghujung musim.

“Selepas berehat selama beberapa minggu, saya beransur pulih dan berharap dapat beraksi kembali dengan secepat mungkin,” katanya.

Andik yang sudah meledak dua gol bersama Kedah sejak Februari lalu mengakui Piala Malaysia sudah tidak asing lagi bagi dirinya dan turut teruja apabila Kedah diundi bersama juara Liga Super dan juara bertahan Piala Malaysia, JDT.

Baginya, pertembungan awal dengan JDT pasti menjadi tumpuan di dalam kumpulan C dan berharap rakan sepasukan dapat meningkatkan fokus menghadapi cabaran getir skuad Harimau Selatan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans