Anggota BN Sabotaj Parti Akan Digantung Dua Tahun – Tengku Adnan – Channel W

Anggota BN Sabotaj Parti Akan Digantung Dua Tahun – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Barisan Nasional tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan mensabotaj parti, sama ada secara tersurat atau tersirat, dan mereka yang terlibat akan digantung keanggotaan selama dua tahun, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata tindakan penggantungan itu akan dibuat oleh kepimpinan parti komponen masing-masing dengan nasihat kepimpinan tertinggi BN.

Perkara ini diputuskan Jawatankuasa Khas BN dalam mesyuaratnyanya pada 23 Mac lepas, kata Tengku Adnan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa itu turut menasihatkan semua parti komponen agar mengingatkan anggota masing-masing untuk mempertahankan semangat setiakawan, kebersamaan dan hormat-menghormati sesama anggota parti.

“Sekali lagi dinasihatkan agar pemimpin dan angoota-anggota Barisan Nasional dapat mengekalkan semangat setiakawan dan kesatuan yang telah lama terjalin dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan pada masa akan datang,” katanya.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans