Anggota Tentera Dimasukkan Ke Hospital Selepas Buka Sampul Surat – Channel W

Anggota Tentera Dimasukkan Ke Hospital Selepas Buka Sampul Surat

WASHINGTON 28 Feb. – Sekurang-kurangnya 11 orang jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas satu sampul surat yang mengandungi ‘bahan tidak diketahui’ dibuka di sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS), di sini semalam.

Menurut kenyataan pihak ketenteraan, sampul surat itu diterima di Pangkalan Tentera Myer-Henderson Hall dan menyebabkan kesemua bangunan di kawasan itu dikosongkan dengan segera.

“Pihak tentera kini bekerjasama dengan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat kejadian itu.

“Beberapa anggota tentera antara yang dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas sampul surat berkenaan dibuka,” jelas kenyataan tersebut.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans