Annuar Musa buka mulut isu MP BN bakal lompat – Channel W

Annuar Musa buka mulut isu MP BN bakal lompat

Setelah isu ini bermain di mulut ahli politik, pemerhati, netizen dan penganalisis politik, akhinya ada yang buka mulut.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa tidak menafikan ada ‘lamaran’ untuk Ahli Parlimen dari UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia – PPBM.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata memaklumkan kepada media bahawa, ramai ahli Parlimen UMNO yang dilamar, secara terus dan ada juga yang dilamar melalui individu perantaraan dengan tujuan untuk memperkuatkan PPBM.

“Ada pihak yang memikirkan untuk memperkuatkan Bersatu, memang ada ahli Parlimen UMNO yang dilamar dan panggil untuk berunding, yang tidak panggil tetapi pergi juga ada.

“Kita bukan tidak mempertimbangkan perkara itu kerana kita faham Bersatu terlalu lemah dengan hanya ada 13 kerusi dan parti itu juga boleh tidak stabil.

“Tapi UMNO juga ada tanggungjawab yang lebih besar misalnya kita dipilih sebagai wakil rakyat kita menang dengan logo BN selain tanggungjawab kepada rakyat dan di akhirat kelak,” katanya kepada kepada pemberita di Lobi Parlimen pada petang Isnin.

Difahamkan usaha menarik ahli Parlimen UMNO dan BN ini mahu diselesaikan sebelum pembentangan Bajet 2019 pada Jumaat ini.

Dalam situasi politik yang tidak menentu ketika ini, menyebabkan pelabur asing juga berhtai-hati meneruskan usahasama di Malaysia.

Rakyat juga melihat dan mahu isu ini sebagai perkembangan baru yang boleh membawa kesan positif kepada negara.

Ini kerana kesan kestabilan politik berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans