Antara Bukti Kerajaan Tunai Janji Pada Rakyat – PM – Channel W

Antara Bukti Kerajaan Tunai Janji Pada Rakyat – PM

KUALA LUMPUR – Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah disifatkan antara kejayaan terbesar kerajaan sekali gus membuktikan Kerajaan Persekutuan sentiasa menunaikan janji bagi menyediakan keperluan untuk rakyat jelas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan sehingga kini telah berjaya menyiapkan 83,759 unit rumah melalui 120 projek PPR untuk golongan yang memerlukan.

Menurut beliau dalam catatan di blognya NajibRazak.com, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6 bilion supaya rakyat dapat memiliki rumah PPR dengan harga RM35,000 (seunit) di Semenanjung manakala RM42,000 di Sabah dan Sarawak.

Sebanyak RM80,000 sehingga RM120,000 subsidi telah disalurkan kerajaan untuk setiap unit PPR.

Najib berkata semua projek unit perumahan itu walaupun dijual dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran, namun kualitinya menyamai rumah yang dibina oleh pemaju swasta.

Tambah perdana menteri terdapat banyak projek PPR yang permohonannya bakal dibuka seperti PPR Kepong, PPR Mukim Naga di Kubang Pasu, Kedah, PPR Kota Bharu, Kelantan, PPR Kampung Tok Suboh di Pulau Pinang sementara PPR Machang di Kelantan sudah dibuka untuk permohonan.

Menurut Datuk Seri Najib, Kerajaan Persekutuan sentiasa menunaikan janji untuk menyediakan keperluan untuk rakyat. Berbeza dengan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka gagal untuk menyediakan rumah mampu milik di bawah Kerajaan negeri.

Di Selangor, katanya, sembilan projek Selangorku dibatalkan manakala di Pulau Pinang walaupun selepas sembilan tahun, kerajaan negeri masih gagal menyerahkan kunci rumah mampu milik kepada rakyat.

Najib berkata kerajaan menggalakkan rakyat agar memohon untuk mendapatkan rumah mampu milik kerana memahami yang perumahan mampu milik juga adalah hak rakyat.

– BERNAMA

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans