Antonov An-225 Mriya di KLIA Tiga Hari – Channel W

Antonov An-225 Mriya di KLIA Tiga Hari

SEPANG – Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi.

Pesawat berkenaan akan singgah di sini semalam tiga hari sebelum terbang ke Arab Saudi.

Pesawat itu mendarat di KLIA pada 7.10 pagi Sabtu dalam penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia setelah melalui kerja menaik taraf lebih setahun lepas.

Pesawat kargo gergasi Ukraine itu sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat dua kali di sini iaitu pada 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat bersama 24 anak kapal

Pesawat kargo itu berukuran 84m panjang dan 18m tinggi, serta mampu membawa berat berlepas maksimum 640 tan.

Antonov An-225 menggunakan enam enjin dan memiliki sayap berukuran 88m panjang dengan 32 tayar yang direka bentuk oleh Antonov pada akhir 1980-an, Antonov An-225 adalah pesawat paling panjang dan paling berat yang pernah dibina setakat ini.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans