Sehingga pukul 5 petang tadi hanya Anwar mengemukakan borang pencalonan sebagai Presiden PKR.

Ia sekaligus menamatkan waktu pencalonan bagi nama-nama lain.

Dengan ini juga,  Datuk Seri Azmin Ali yang dijangka akan mencabar jawatan Presiden memilih untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden sekaligus seperti membuktikan beliau seorang yang setia kepada kepimpinan Anwar.

Azmin bakal ditentang oleh Rafizi Ramli yang turut menyerahkan borang pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presidn.

10 calon menyerahkan borang bagi bertanding jawatan Naib Presiden iaitu William Leong, Micheal Tamil, Nurul Izzah Anwar, Xavier Jayakumar, Tian Chua, Datuk Johari Abdul, Kesavan Subramaniam, Prof Datuk Dr G. Balasubramaniam, Zuraida Kamaruddin dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bagi jawatan Ketua AMK pula menyaksikan pertandingan antara Akmal Nasir, Najwan Halimi dan Dr Afif Bahardin. Jawatan Timbalan AMK antara Naqiuddin Nazrin, Mohd Hilman Idham dan Raymond Ahuar.  Ketua Wanita PKR antara Haniza Talha dan Fuziah Salleh. Manakala Timbalan Wanita PKR antara Daroyah Alwi dan Rodziah Ismail.