Tanpa menamakan ketiga-tiga negeri dan kerusi tersebut, Anwar menjelaskan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen.

Beliau menegaskan sedang menimbangkannya, yang mana satu bakal dipilih.

Menurut Anwar, beliau perlu berada di Parlimen bagi memperkuatkan PKR yang mempunyai wakil rakyat paling ramai.

Katanya, beliau tidak akan melupakan jasa dan pengorbanan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang memimpin PKR sejak awal penubuhannya sehingga kini.