Apa kaitan kenyataan Saiful Bukhari dan tindakan Tun M hari ini? – Channel W

Apa kaitan kenyataan Saiful Bukhari dan tindakan Tun M hari ini?

Pada pecutan terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson esok, Saiful Bukhari Azlan hari ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat berkait rapat dengan kenyataan Tun Mahathir Mohamad.

Ia berikutan Tun Mahathir yang juga Perdana Menteri siang tadi menyatakan kerajaan tidak mungkin akan memansuhkan tol seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Kenyataan itu sekaligus memberi impak kepada rakyat hari ini yang rata-ratanya berang kerana tertipu dengan pentadbiran PH.

Kesannya pasti dirasai oleh rakyat di parlimen Port Dickson yang sudah tentu tidak mahu ditipu Pakatan Harapan buat kali kedua, lantas meramalkan kekalahan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK esok.

“Saya tidak menawarkan bulan dan bintang buat anda, namun saya menawarkan khidmat saya untuk bekerja kepada anda.

“Saya ingin menjadi hamba Allah yang berkesan kepada rakyat untuk membawa perubahan lebih baik kepada Port Dickson,” kata Saiful secara ringkas dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial Facebook.

Tambah Saiful lagi, sekarang bukan masanya untuk berpolitik, tetapi adalah masa untuk memberi khidmat kepada rakyat.

“Saya tidak mempunyai sebarang agenda politik ataupun matlamat peribadi melalui PRK ini melainkan untuk bekerja kepada anda,” ujarnya.

Memfokuskan kepada dua inisiatif yang telah diambil, Saiful mengulangi perkara tersebut dengan menjelaskan antaranya beliau akan membantu untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Port Dickson melalui pelancaran laman web ExplorePD.com.

“Saya Saiful Bukhari Azlan dengan penuh rendah diri, merayu kepada anda semua berilah saya peluang untuk berkhidmat kepada anda demi membawa Port Dickson kearah yang lebih baik dan sejahtera.

“Akhir kata sekali lagi saya memohon dan merayu undilah saya untuk kestabilan Port Dickson,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans