AS Sekat Bantuan Keselamatan Pakistan – Channel W

AS Sekat Bantuan Keselamatan Pakistan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memuktamadkan keputusannya apabila hampir semua bantuan keselamatan yang sebelum ini disalurkan kepada Pakistan dipotong sehingga Pakistan membuat keputusan menyelesaikan aktiviti kumpulan militan di tanah airnya.

Namun, sejauh manakah kesan pemotongan bantuan tersebut terhadap Pakistan?

Menurut BBC, Amerika Syarikat belum mengumumkan jumlah sebenar bantuan yang akan dipotong, tetapi penganalisis pertahanan percaya jumlah penggantungan bantuan di anggarkan mencecah  AS$900 juta atau  RM3.6 bilion.

Menurut BBC, pemotongan itu juga termasuk penggantungan RM899 juta dana pembiayaan tentera asing  terhadap peralatan dan latihan ketenteraan pakistan RM2.7 bilion dana sokongan gabungan yang dibayar kepada Pakistan untuk menjalankan operasi terhadap kumpulan militan.

Pengumuman ini sekaligus memberi isyarat kepada negara jirannya India untuk berhati-hati terhadap sebarang tindakan ke atas militan di negara itu.

Pakar juga percaya kesan Pakistan mungkin lebih teruk susulan Jabatan Negara Amerika Syarikat  mengumumkan jumlah pemotongan lain yang belum ditentukan.

Persoalannya, sejauh mana kebergantungan Pakistan terhadap Amerika Syarikat.

Pakar-pakar keselamatan percaya potongan itu mungkin akan menyusahkan  tentera Pakistan, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.

Menurut pemerhati politik antarabangsa, jika hasrat Amerika diteruskan,  rancangan angkatan tentera Pakistan untuk menaik taraf sumber bahan dan sumber tenaga manusia akan terhenti.

Ia juga bakal memberi kesan kemunduran dalam jangka panjang terhadap Pakistan kerana China atau mana-mana negara lain tidak dapat menggantikan sumber-sumber yang Pakistan perlukan demi mengekalkan operasi ketenteraannya dengan baik.

Dengan pengumuman itu, ahli-ahli politik pakistan pantas mengutuk Amerika  termasuk Menteri Hubungan Luar Pakistan, Khwaja Asif menggelar Amerika  sebagai pembunuh kawan.

Dalam jawapan bertulis kepada BBC, jurucakap tentera Pakistan menjelaskan,  Pakistan tidak pernah berjuang untuk wang bantuan sebaliknya berusaha  untuk keamanan.

Untuk rekod, kelebihan utama Pakistan terletak pada lokasi geografi dan peranan besarnya di Afghanistan.

Pakistan juga dilaporkan merupakan satu-satunya talian bekalan dan mempunyai pengaruh ke atas kumpulan militan yang berjuang di negara tersebut.

Persoalannya, adakah Pakistan akan cuba menggunakan kelebihannya dengan menutup akses bekalan amerika syarikat  ke kabul?

Ini bermakna, sebarang tindakan drastik oleh Pakistan berpotensi membawa padah lebih teruk dari pemotongan bantuan.

Jika bantuan ketenteraan terpaksa diberikan sekalipun, Amerika Syarikat dijangka akan lebih berhati-hati dan menyaring bantuannya dengan lebih ketat.

Ini berikutan Pakistan mempunyai salah satu program senjata nuklear yang paling pantas berkembang di dunia sambil dihantui beberapa organisasi pengganas di tanah air mereka.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans