Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, komitmen untuk menjelaskan hutang berkenaan termasuk jadual pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad – 1MDB.

“Kami masih mempunyai dana untuk membayar obligasi kami dan kami akan membayar obligasi kami kerana ia adalah komitmen oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada media di Kementerian Kewangan, Putrajaya.