Asrama Blok Lelaki Terbakar Ketika Perhimpunan Sekolah – Channel W

Asrama Blok Lelaki Terbakar Ketika Perhimpunan Sekolah

PENAMPANG – Satu kebakaran berlaku di blok asrama sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi ketika pelajar sedang berkumpul untuk satu perhimpunan mingguan di dewan sekolah berhampiran asrama itu.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, kejadian kira-kira 7.30 pagi itu melibatkan tingkat atas blok asrama lelaki dua tingkat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin di sini.

“Keseluruhan kawasan (tingkat dua) terbakar 100 peratus, namun tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 8.07 pagi dan punca kebakaran sedang disiasat,” kata kenyataan itu.

Seramai 53 pegawai dan anggota diketuai Hamsa Isnurdini bersama empat jentera, dua jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan empat buah utiliti dikerahkan ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.33 pagi.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans