‘Atuk’ 104 Tahun Gesa Rakyat Malaysia Mengundi – Channel W

‘Atuk’ 104 Tahun Gesa Rakyat Malaysia Mengundi

KOTA BHARU – Seorang warga emas, Zakaria Idris yang telah mengundi dalam setiap pilihan raya sejak 1959, menggesa rakyat Malaysia membuang undi mereka pada Pilihan Raya Umum ke -14.

Zakaria,  yang usianya menjangkau 104 tahun pada Disember ini juga mempunyai mesej bagi mereka yang merancang untuk tidak mengambil bahagian atau merosakkan undi pada Rabu depan.

Tahun ini akan menjadi kali ke-14 dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.

Zakaria berkata, hanya orang sepertinya yang telah menjalani Pendudukan Jepun akan sepenuhnya menghargai kebebasan yang ada hari ini untuk mengundi, dan sakit bukan alasan untuk tidak mengundi.

Menurut laporan The Star, Zakaria yang menetap di Gelam merupakan pengundi bagi kerusi  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, yang telah dipindahkan dari kawasan Parlimen Pasir Mas ke Rantau Panjang di bawah persempadanan semula yang diluluskan baru-baru ini.

Ditanya mengenai persempadanan itu, Zakaria berkata, pihak berkuasa mesti mempunyai sebab yang kuat untuk berbuat demikian.

Zakaria juga menasihati pemilih muda jangan mudah tertipu dengan persepsi, fikirkan apa yang terbaik untuk negeri dan negara sebelum menandatangani kertas undi.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans