Azeez Rahim, abangnya dibebaskan – Channel W

Azeez Rahim, abangnya dibebaskan

Selepas sembilan malam tidur di lokap, Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan abangnya akhirnya dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keputusan itu di buat Majistret, Ahmad Afiq Hassan selepas SPRM tidak memohon lanjutan perintah reman.

Bagaimanapun menurut sumber, mereka dijangka akan dipanggil semula bagi melengkapkan siasatan.

Kedua-dua suspek itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Mereka dipercayai  menerima suapan daripada sebuah syarikat kontraktor yang membabitkan jutaan ringgit.

Pada 25 September lalu, SPRM menahan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu jam 11 pagi selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM manakala Abdul Latiff ditahan di Sungai Buloh setengah jam kemudian.

Turut ditahan, sepupu mereka yang berusia 36 tahun, jam 5.30 petang.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans