Azharuddin letak jawatan mulai hari ini – Channel W

Azharuddin letak jawatan mulai hari ini

Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman telah meletak jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia bermula hari ini.

Ia bagi mengambil tanggungjawab terhadap penemuan-penemuan Laporan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya walaupun laporan berkenaan tidak mencadangkan insiden berkenaan berpunca daripada Jabatan Penerbangan Awam, namun terdapat beberapa penemuan jelas berkaitan operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATSC) yang mana dinyatakan pengawal trafik udara tidak mematuhi prosedur operasi standard tertentu.

“Sepanjang empat tahun lalu, saya telah mencuba yang terbaik untuk membantu dalam pencarian MH370 dan saya sentiasa tegas dalam mencari jawapan terhadap tragedi malang ini yang kita berhutang kepada keluarga mangsa dan orang tersayang. Saya sedih terpaksa meninggalkan di bawah keadaan ini.

“Berkhidmat dalam industri untuk lebih 40 tahun telah menjadi penghormatan besar dalam hidup saya dan saya meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi tempoh selebihnya perkhidmatan saya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/saya-telah-berusaha-dan-tegas-mencari-jawapan-azharuddin-1.719841#ixzz5MoZ9dxjs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans