Azmil Mustapha Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung – Channel W

Azmil Mustapha Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

PETALING JAYA:  Azmil Mustapha pelakon yang popular tahun 19280 – an meninggal dunia akibat sakit jantung di kediamannya di  Seksyen 9, Shah Alam, kira-kira 12.40 tengah hari tadi.

Berita pemergian Allayarham telah dikongsikan oleh adiknya Aziph Mustapha. Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solatkan jenazah sebelum ke Tanah perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini untuk dikebumikan.

Jelas Aziph Mustapha mereka memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Katanya lagi, orang ramai diminta hubungi mereka jika ada sebarang kesulitan.

Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang banyak membintangi filem box office era 1980-an seperti Ali Setan, merosot dan pernah dilaporkan kritikal. Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas.

Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans