Azmin bertemu PM bincang pelantikannya di kabinet – Channel W

Azmin bertemu PM bincang pelantikannya di kabinet

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya, siang tadi.

Ia bagi membincangkan mengenai dua jawatan yang bakal disandangnya apabila semalam Tun Dr Mahathir mengumumkan beliau antara menteri barisan cabinet yang dilantik.

Semalam dalam sau kenyataan beliau, adalah mustahil untuknya berkhidmat cemerlang dengan dua jawatan sekaligus.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada pukul 12.05 tengah hari ini bagi bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semalam Dr. Mahathir dalam satu kenyataannya mengumumkan sembilan lagi nama menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) termasuk Mohamed Azmin selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Senarai menteri Kabinet baharu itu dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin ini di hadapan Yang Dipetuan Agong, Sultan Muhammad V.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans