Azmin sah tak bertanding calon Presiden PKR – Channel W

Azmin sah tak bertanding calon Presiden PKR

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau bertanding merebut jawatan Presiden PKR berlangsung bulan depan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham ketika ditemui di lobi Parlimen, Rabu.

“Ya (Azmin tidak akan bertanding) sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden PKR.

“Saya cukup pasti Datuk Seri (Mohamed) Azmin (Ali) akan menjadi orang di belakang beliau (Anwar) yang akan sentiasa bersama beliau (Anwar) untuk menerajui PKR,” katanya.

Tambah Hilman ia adalah perkara biasa jika nama Azmin dikhabarkan bertanding sebagai calon Presiden PKR.

Ini kerana, katanya, dalam PKR sendiri, beliau mengambil kira sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan keterbukaan, apa-apa jawatan boleh dipertandingkan.

“Cuma dalam hal ini, saya kira apa yang sudah dizahirkan oleh Datuk Seri (Mohamed) Azmin (Ali) selama ini.

“Kesetiaan beliau kepada perjuangan PKR dan kesetiaan beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagi saya tiada taranya dan sama sekali tidak boleh dipertikaikan.

“Dalam hal ini saya kira selepas pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan Presiden PKR, saya pasti Datuk Seri (Mohamed) Azmin menyambut baik kenyatan itu,” katanya.

Mohammad Hilman juga percaya dan yakin Azmin akan menawarkan diri sekali lagi untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Gandingan Anwar dan Azmin, katanya adalah sebuah kombinasi yang mantap dan boleh dikatakan sukar ditewaskan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans