Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz.

Menurut Azrinaz, keputusan memilih untuk menamatkan zaman janda dengan Fairos dibuat selepas beliau benar-benar yakin mahu melayari kehidupannya hingga ke akhir hayat bersama  suaminya yang sangat memahami rentak kehidupannya.

Peminat dan pengikut Instagramnya hari ini mengucapkan tahniah selepas Azrinaz  memuat naik kenyataan dan foto pernikahannya dengan Fairos.

Azrinaz memohon maaf kepada semua pihak termasuk media kerana tidak berkongsi lebih awal mengenai berita pernikahannya.

Azrinaz dan Fairos  dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan, Hakim Azhar Mohammad Johar.

Azrinaz yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 pada 23 September ini pernah bergelar isteri kepada Sultan Brunei selama lima tahun.

Beliau dan Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin pada 2005 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan sepasang cahaya mata Pengiran Muda Abdul Wakeel, 12,  dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 10