Bahan Kempen Unsur Hasutan, Fitnah Akan Diturunkan – Datuk Bandar – Channel W

Bahan Kempen Unsur Hasutan, Fitnah Akan Diturunkan – Datuk Bandar

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menurunkan serta-merta tanpa sebarang kompromi bahan-bahan kempen pilihan raya yang mempunyai unsur hasutan yang dipasang di sekitar ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata unsur hasutan seperti poster gambar individu yang dipangkah akan ditanggalkan segera dan individu yang menaikkan poster pula boleh dikenakan kompaun.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2018 anjuran Pusat Pakar Pergigian KPJ Kuala Lumpur, di sini hari ini.

DBKL juga akan mengadakan rundingan dengan semua wakil parti politik berkenaan peraturan pemasangan bahan kempen di Kuala Lumpur dalam masa terdekat, katanya.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans