Baik Pulih Bumbung Stesen LRT Dijangka Siap Dua Minggu – Channel W

Baik Pulih Bumbung Stesen LRT Dijangka Siap Dua Minggu

PETALING JAYA – Kerosakan bumbung yang berlaku di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) pada Sabtu lalu akibat hujan lebat dan angin kencang, kerja baik pulih  dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

Ketua Operasi Rel Laluan Kelana Jaya, Rapid Rail Sdn Bhd Muhammad Syafiq Abdullah berkata kerja-kerja baik pulih itu akan disambung antara pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi bermula hari ini, iaitu selepas waktu operasi setelah bekalan elektrik di atas landasan ditutup sementara.

Menurut Ketua Operasi Rel Laluan Kelana Jaya tersebut sebanyak 30 peratus daripada bumbung stesen LRT Kelana Jaya telah rosak akibat ditiup angin kencang pada tengah hari Sabtu lepas dan stesen Kelana Jaya  terpaksa tutup sehingga Ahad atas faktor keselamatan.

Jelasnya lagi, sebahagian besar kerja-kerja membaik pulih bumbung di atas platform telah siap sekitar 6 petang semalam bagi memulakan operasi tren pada pukul 6 pagi tadi.

Katanya hujan lebat serta angin kencang telah menerbangkan sebahagian bumbung stesen berkenaan antara pukul 1.30 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada Sabtu.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat enam penumpang yang berada di platform ketika bumbung dan serpihannya tumbang akibat angin kencang, bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Muhammad Syafiq berkata sepanjang penutupan stesen ini, sebanyak lima bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Taman Bahagia ke Stesen Kelana Jaya dan sebaliknya.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans