Banjir Jejaskan Minggu Pertama Persekolahan – Channel W

Banjir Jejaskan Minggu Pertama Persekolahan

Sepanjang minggu lalu,

Nasib penduduk di beberapa negeri di selatan dan pantai timur serta daerah tertentu di Sabah yang dilanda banjir terus mendapat perhatian kerajaan.

Banyak sekolah yang terpaksa ditutup walaupun sesi persekolahan baharu bermula.

Apa yang penting bagi penduduk di kawasan terlibat ialah mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

Patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Kerajaan tidak mengabaikan mangsa banjir sebaliknya menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka. Justeru, berilah kerjasama kepada pasukan penyelamat.

Walau bagaimanapun, sehingga semalam, keadaan banjir di Pahang beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga buah daerah terus mencatatkan pengurangan dengan 451 orang sehingga 5 petang berbanding 667 orang sebelumnya.

Menurut portal Info Banjir JKM, kesemua mangsa ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) dan daerah Pekan terus mencatatkan peningkatan mangsa dengan 290 orang berbanding 282 mangsa pada tengah hari.

Perdana Menteri melawat mangsa banjir di PPS Dewan Kg Seri Damai.

Sementara itu di Pulau Pinang, lebih 50 kawasan dilanda banjir selepas hujan lebat beberapa hari menyebabkan sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Kubang Semang, Bukit Mertajam.

15 kawasan di bahagian pulau negeri dinaiki air manakala selebihnya membabitkan lokasi di daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, dengan paras air antara 0.1 meter hingga 0.4 meter.

Di Membakut, Sabah, 626 orang mangsa melibatkan 218 keluarga yang terjejas akibat kejadian banjir kilat masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara.

Selain daripada jumlah mangsa banjir yang meningkat secara berperingkat, bacaan paras air banjir di daerah itu turut dilaporkan dalam keadaan berjaga-jaga iaitu mencecah 6.04 meter.

Untuk rekod, jumlah kampung yang terjejas masih kekal sebanyak 26 buah kampung, manakala lapan laluan menghubungkan perkampungan terjejas turut terputus sejak rabu lalu.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans