Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, laporan dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) menunjukan terdapat sesuatu di bahagian fizikal dalam otak golongan LGBT.

“Keadaan itu menyebabkan mereka (golongan LGBT) berkelakuan sedemikian tetapi ia bukanlah penyakit tapi kecelaruan (aberration) daripada biasa yang kita nampak.

“Jangan anggap golongan LGBT ini sakit atau mengalami penyakit mental,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Pas-Kuala Terengganu) yang meminta penjelasan sama ada golongan LGBT menghidap penyakit mental.