Bayi ajaib pulih selepas 1 peratus nyawa untuk hidup – Channel W

Bayi ajaib pulih selepas 1 peratus nyawa untuk hidup

Seorang bayi ajaib mengalami kecederaan parah selepas terjatuh di ketinggian 40 kaki akhirnya pulih.

Kejadian itu berlaku di London England, Ahad.

Memetik portal Mirror, Anwar Nyanzi berusia 11 bulan dikatakan duduk di atas kerusi menghala ke tingkap.

Tanpa disedari ibu saudaranya, Anwar menjenguk ke luar tingkap sebelum terjatuh ke kawasan penjalan kaki di tingkat bawah blok pangsapuri tersebut.

Mengalami kecederaan parah di kepala, tulang belakang, dia dikatakan hanya mempunyai peluang satu peratus untuk hidup.

Bagaimanapun, mimpi ngeri itu bertukar keajaiban apabila Anwar kembali bernafas dalam tempoh beberapa minggu selepas insiden ngeri itu.

Ibunya, Hawa Rutansingwa, berkata, ia satu keajaiban kerana Anwar berjaya mengharungi dan melawan kesakitan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans