Beberapa ahli UMNO nafi keluar parti – Channel W

Beberapa ahli UMNO nafi keluar parti

Beberapa ahli UMNO menafikan dakwaan tular di media sosial akan keluar dari parti.

Antaranya Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Terdahulu tular bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar bersama tujuh wakil rakyat akan mengumumkan keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Dalam masa sama, turut tular 17 nama Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan bakal keluar parti untuk menyertai Pakatan Harapan.

Antara ahli Majlis Tertinggi UMNO lain yang turut menafikan perkara itu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang merupakan bekas ahli parlimen Titiwangsa.

Menurutnya perkara itu tidak akan mungkin berlaku untuk mengikuti jejak langkah Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman.

Bagaimanapun Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata atas alasan apapun tindakan mereka tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi kedua-duanya dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaan yang diberikan UMNO.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans