Beberapa Pembangunan Sebelum Ini Membawa Beban Tidak Perlu – Najib – Channel W

Beberapa Pembangunan Sebelum Ini Membawa Beban Tidak Perlu – Najib

Beberapa program pembangunan negara di bawah bekas seorang pemimpin sebelum ini membawa beban yang tidak perlu kepada rakyat dalam bentuk sekumpulan kroni kapitalis meraih kekayaan daripadanya.

Dalam ucaptamanya pada Invest Malaysia 2018 hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata kerajaan berikrar yang perkara ini akan dihentikan dan ia mengambil iktibar daripada kesilapan lampau dalam merancang transformasi ekonomi Malaysia, sambil mendepani banyak isu legasi sepanjang usaha itu.

Mengambil contoh pengangkutan awam, beliau berkata perkara itu telah diabaikan berdekad lamanya menyebabkan ia menjadi tidak keruan, dengan pemilik dan sistem yang berbeza, dan sudah tentunya tidak ada integrasi.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ketaksuban seseorang terhadap idea untuk menghasilkan kereta nasional – yang kini cuba dipulihkan di bawah pemilikan bersama antarabangsa – menjadikan Malaysia ketinggalan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang efisien.

Beliau berkata ini merupakan halangan serius terhadap cita-cita kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan bagi Kuala Lumpur menjadi ibu kota bertaraf dunia.

“Oleh itu kita telah mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan dan menyatakan bahawa pengangkutan awam menjadi keutamaan penting bagi kerajaan,”

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans