Beijing – KK, Jumlah Pelancong China Ke Sabah Meningkat – Channel W

Beijing – KK, Jumlah Pelancong China Ke Sabah Meningkat

Sabah terus menjadi tumpuan pelancong China selepas syarikat penerbangan Xiamen Airlines membuka penerbangan tanpa henti dari Beijing ke Kota Kinabalu, bermula hari ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata perkembangan itu memberi satu lagi peluang baik kepada negeri Sabah untuk menerima lebih ramai pelancong China, khususnya dari kawasan utara negara berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini Sabah hanya menerima pelancong dari selatan China dan pasti permulaan penerbangan daripada Beijing ini membuka lembaran baru kepada industri pelancongan di Sabah.

Masidi berkata, seramai kira-kira 430,00 pelancong China berkunjung ke Sabah sepanjang tahun lalu, iaitu meningkat 15.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans