Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Dia didakwa mengikut 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu masing-masing sekitar September 2015 dan November 2016 di bilik guru lelaki di sekolah sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dia dilarang mendekati kesemua mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan kes.