Bekas KP direman 5 hari – Channel W

Bekas KP direman 5 hari

Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar Datuk ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret, Rabu bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek wanita berusia 61 tahun itu ditahan SPRM kira-kira jam 4.15 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Suspek direman mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap SPRM serta tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9.08 pagi tadi diiringi anggota SPRM.

Semalam, tujuh pegawai daripada bahagian penyelidikan yang sama turut ditahan reman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes yang sama.

Antara yang ditahan termasuk seorang timbalan ketua pengarah bergelar Datuk selain enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang menjawat gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B.

Kesemua tujuh suspek berusia antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan masing-masing di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM kelmarin.

Pada 8 Ogos lalu, seramai 17 pengawal keselamatan di JPM direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Difahamkan, SPRM turut menyita wang tunai dan kenderaan membabitkan nilai lebih RM1 juta daripada semua pengawal keselamatan berkenaan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans