Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek bergelar Datuk direman sehingga Ahad ini.

Lelaki yang berusia 42 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM ditahan di ibu pejabat SPRM pada 9.45 malam semalam.

Lelaki berkenaan tiba di sini pukul 9.15 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM.