Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 3 petang selepas memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul, hari ini.

 “Suspek telah hadir ke IPD Sentul pada pukul 2 petang tadi dan tangkapan dibuat sebaik sahaja proses merakam keterangan selesai.

“Kita akan siasat dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, seorang juruoptik membuat laporan polis mendakwa suspek telah melakukan perbuatan tersebut ketika dia sedang menjalankan pemeriksaan mata terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman.

Lelaki itu dipecat serta merta selepas perbuatannya yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan viral di media sosial.

Pemecatan lelaki itu diumumkan Mohd. Azis selepas timbalan menteri di laman media sosialnya.