Bekas pemain badminton negara nahas – Channel W

Bekas pemain badminton negara nahas

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini berkongsi kesedihan selepas dikejutkan dengan kehilangan bekas pemain kebangsaan, Tan Chee Tean, 24 yang meninggal dunia dalam kemalangan di selatan Brno, Republik Czech.

Pemain berkenaan sebelum ini beraksi di Terbuka Czech dan dalam perjalanan pulang ke Austria di mana kemalangan berlaku pada 28 September lalu.

Impak kemalangan berkenaan membuatkan bekas pemain beregu campuran negara itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada hari yang sama sebelum kejadian, Chee Tean turun ke gelanggang untuk bermain di pusingan pertama beregu campuran bergandingan bersama pemain Austria, Antonia Meinke.

Bagaimanapun, mereka tumpas kepada pasangan Kanada, Nyl Yakura-Kristen Tsai 16-21, 21-14, 16-21.

Chee Tean sebelum ini pernah berada di bawah BAM selama enam tahun, bermula 2012 sebelum meninggalkan badan induk berkenaan Februari tahun lalu.

Dia yang pernah bergandingan bersama Tan Wee Gieen (beregu lelaki) dan Shevon Lai (beregu campuran) pernah meraih naib juara Terbuka Bangladesh (2015) dan Cabaran Antarabangsa Thailand.

“Saya berasa sedih dengan berita kematian Chee Tean. Dia adalah seorang pemain muda berbakat, mampu beraksi dalam acara beregu lelaki dan campuran.

“Ia satu kehilangan besar bukan saja untuk keluarganya malah bagi sukan badminton di dalam negara kita. Kami di BAM berada berkongsi kesedihan bersama keluarga dan rakan-rakannya,” kata Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans