Beku akaun UMNO aniaya pekerja – Asyraf – Channel W

Beku akaun UMNO aniaya pekerja – Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menegaskan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun parti itu hanya akan menganiaya pekerja parti itu.

Sambil menyifatkan ia tindakan melampau oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), Ketua Pergerakan itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, pekerja parti  itu  akan menerima kesan terhadap pembayaran gaji bulanan.

“Ia juga boleh merencatkan operasi parti yang bergerak secara sah dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu,  Pemuda UMNO membantah tindakan itu yang langsung tidak mencerminkan kerajaan PH yang kononnya berpaksikan keadilan dan kebebasan.

“SPRM seharusnya dapat memberikan justifikasi yang jelas, telus dan terbuka mengenai punca sebenar akaun UMNO dibekukan. Lazimnya dalam operasi sebelum ini, SPRM menjelaskan bahawa risikan dan intipan berbulan-bulan dilakukan sebelum sesuatu langkah pembekuan dibuat.

“Sebaliknya, ahli UMNO tidak pernah maklum bahawa berlakunya sebarang proses siasatan membabitkan perlanggaran undang-undang dalam aktiviti akaun rasmi UMNO.

“Dalam konteks ini, Pemuda UMNO menuntut prinsip undang-undang iaitu seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dihormati oleh semua pihak termasuk SPRM,” katanya.

Semalam, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan SPRM membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor, sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian.

Hari ini, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday berkata, SPRM sudah membekukan akaun UMNO Johor.

Tambahnya Pemangku Presiden (Ahmad Zahid) dalam konteks ini sudahpun memberikan jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak SPRM.

Tegasnya, seharusnya proses siasatan tidak sampai ke tahap pembekuan akaun UMNO.

Difahamkan pembekuan melibatkan lebih 900 akaun.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans