Benteng Pertahanan Longgar Punca Kekalahan PDRM – Channel W

Benteng Pertahanan Longgar Punca Kekalahan PDRM

MELAKA: Benteng longgar menjadi antara punca mengapa gawang PDRM bocor sebanyak enam kali ketika berdepan FELDA United pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Penolong jurulatih PDRM, Mohd Fauzi Pilus berkata, beliau sependapat dengan ketua jurulatih, Zulhamizan Zakaria yang menyedari kerapuhan jentera pertahanannya selain kekalahan itu turut disebabkan kegagalan jentera tengah pasukan.

Katanya, empat pemain pertahanan PDRM begitu mudah dibolosi dan lebih memburukkan keadaan, mereka kurang mendapat bantuan rakan sepasukan.

Jelasnya lagi kekalahan 2-6 ini seharusnya menjadi pengajaran buat pemain untuk tidak lagi beraksi seperti itu kerana ia memudahkan lawan untuk menjaringkan gol.

Beliau berkata, walaupun berdepan laluan sukar berikutan aksi di gelanggang lawan, namun mereka harus berusaha mengutip mata maksimum.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans