Berbalah politik, khidmat Kerajaan AS ditutup – Channel W

Berbalah politik, khidmat Kerajaan AS ditutup

Hari semalam genap ulangtahun pertama Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat. Malangnya ia diraikan dengan kemelut penutupan perkhidmatan kerajaan pusat Amerika Syarikat (#shutdown) akibah perbalahan politik antara Parti Republik pimpinan Trump dan seterunya, Parti Demokrat.

Penutupan ini berlaku kerana tiada bajet yang diluluskan undang-undang untuk membiayai perkhidmatan kerajaan pusat. Rang undang-undang untuk bajet kerajaan persekutuan tidak mendapat undi yang cukup di Dewan Senat di Washington DC walaupun telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Disebabkan oleh kemelut ini, beberapa servis kerajaan pusat telah ditutup. Ini termasuk pusat pelancungan, khidmat agensi percukaian (Inland Revenue Service) dan agensi-agensi kerajaan yang dianggap tidak kritikal. Khidmat kerajaan yang dianggap kritikal seperti pengendalian ruang angkasa, anggota keselamatan dan pos tetap diteruskan seperti biasa.

Jika kemelut ini terus berlarutan, lebih 1,000,000 pekerja perkhidmatan awam mungkin akan diberi notis untuk bercuti tanpa gaji. Tanpa bajet yang diluluskan, mungkin lebih banyak lagi servis yang ditutup dan ditutup lebih lama.

Sebenarnya Parti Republik menguasai majoriti di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Tetapi untuk meluluskan rang undang-undang pembiayaan ini, 60 undi diperlukan sedang mereka hanya mempunyai 51 kerusi sahaja di Dewan Senat. Lebih teruk lagi, beberapa wakil Republik juga enggan meluluskan rang undang-undang yang dicadangkan.

Perbalahan antara Parti Demokrat dan Parti Republik ini berkisar kepada beberapa isu terutamanya isu kebajikan anak-anak pendatang haram. Di panggil ‘Dreamers’, lebih 700,000 anak-anak pendatang haram ini akan hilang hak untuk tinggal di AS pada Mac ini jika program Deferred Action for Childhood Arrivals (DACA) diberhentikan. Parti Demokrat mahukan satu penyelesaian khusus demi kebajikan kanak-kanak ini, tetapi Donald Trump dan Parti Republik menganggap kanak-kanak ini sebagai masalah negara yang tak patut diberi muka.

Parti Demokrat juga tidak bersetuju dengan bajet pembiayaan yang termasuk kos pembinaan dinding sempadan AS-Mexico. Sebelum ini Presiden Trump mahukan negara Mexico membayar kos dinding tersebut tetapi dengan bajet ini, kos pembinaan akan ditampung oleh duit rakyat AS sendiri.

Malangnya bagi rakyat AS, ini bukanlah kali pertama perkhidmatan kerajaan terpaksa ditutup kerana perbalahan politik antara dua seteru politik disana. Satu carta dari Bloomberg (di bawah ini) menunjukkan bahawa trend tidak sihat ini sebenarnya sudah selalu berlaku sejak 40 tahun lalu, yang terakhir sekali pada tahun 2013 apabila perkhidmatan kerajaan AS tergendala selama lebih 2 minggu.


Mungkin ini adalah sesuatu yang rakyat Malaysia harus renungkan.

Adakah kita mahu negara kita diheret masuk mengikut trend ini? Kerana perbalahan politik, rakyat merana?

Dua gajah bergaduh, kancil yang tersepit ditengah?

Fikir-fikir kan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans