Berharap Mayat Suami, Anak Hidup Semula – Channel W

Berharap Mayat Suami, Anak Hidup Semula

BANDUNG:  Misteri dua mayat bersaudara terbongkar apabila sebuah keluarga didapati menyimpan mayat tersebut dengan harapan ia hidup semula.

Penemuan luar biasa itu berlaku apabila seorang pegawai perubatan yang membuat kunjungan rutin memaklumkan pihak berkuasa, Neneng Hatidjah, 77, enggan membenarkan doktor itu masuk ke dalam rumahnya, yang mengeluarkan bau pelik.

Apabila pihak berkuasa tempatan menyerbu masuk ke rumahnya di Cimahi, Jawa Barat, mereka menemui rangka suami dan anak perempuan Neneng, dibaluti kain dan dibaringkan dalam sebuah bilik.

Wanita itu menabur serbuk kopi di sekitar mayat dan polis berkata, mereka juga menemui berpuluh botol minyak wangi dalam rumah itu, yang terletak sejauh tiga jam perjalanan dari ibu kota Jakarta.

Rangka itu dikenal pasti sebagai suami Neneng, meninggal dunia Disember lalu pada usia 85 tahun, manakala anak perempuannya berusia 50 tahun, meninggal dunia dua tahun lalu.

Dua lagi anak Neneng yang turut menetap di rumah itu memberitahu polis, kedua-duanya meninggal akibat sakit, namun tidak menyempurnakan jasad itu dengan harapan mereka dapat dihidupkan semula.

Jurucakap polis tempatan, Hari Suprapto berkata, warga emas itu mendengar bisikan, jika dia menjaga mayat itu dengan baik, mayat akan hidup semula.

Warga emas itu tidak didakwa, namun polis berkata, mereka sedang menyiasat jika wujud unsur khianat. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans