Beri peluang kepada Waytha – PM – Channel W

Beri peluang kepada Waytha – PM

Kuala Lumpur 22 November. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu, rakyat  memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet.

Malah Perdana Menteri menegaskan, petisyen yang menggesa menteri tersebut meletak jawatan bukan satu keperluan.

“Beliau (Waytha Moorty) kini tidak pegang apa lagi yang dikatakan dahulu. Dulu orang panggil saya mahazalim, tapi kini mahazalim jadi pemimpin,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, pada Khamis.

Sementara itu, di Sungai Petani, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berikutan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang menimbulkan pelbagai polemik.

Ketuanya, Hapsoh Ahmad berkata, pihaknya turut mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memecat P. Waytha Moorthy sebagai menteri di jabatan berkenaan.

Sehingga kini, lebih 100 ribu menandatangan petisyen di atas talian sejak dibuka dua hari lalu, bagi mendesak menteri berkenaan meletak jawatan atau dilucutkan jawatan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans