Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memberitahu, Rasulullah SAW ditunjukkan oleh Allah tentang keburukan berlaku di akhir zaman apabila meluasnya penyebar berita bohong yang menjadi tanda hampirnya bencana besar menimpa manusia dan alam seluruhnya.

Tambahnya, media canggih dengan langit terbuka tanpa sempadan hari ini dapat menyebarkan berita bohong ke seluruh pelosok dunia dengan mudah menggunakan mulut serta hujung hari atau melalui lisan dan tulisan.

“Menunjukkan tanda kerasulannya yang benar apabila berlakunya pada zaman ini bersama media sosial yang canggih di hujung lidah dan jari itu,” katanya menerusi kenyataan di portal Harakah Daily.